ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah
engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt
berfirman yang bermaksud "Tidak". Kemudian Jibrail as berdiri serta solat
dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya
20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai
umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan
solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa
serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka
pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan
solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang
bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun, terbanglah
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia
sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah
sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau
seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3,000 tahun dan meski pun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
4. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
5. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
6. * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.

Wallahualam

luangkan masa,baca sekejap amat penting....benda remeh yg kita tak tau

luangkan masa,baca sekejap amat penting....benda remeh yg kita tak tau

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati

dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah

beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan

dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak

makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang

berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa

penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik

utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana

memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa

sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan

tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum

solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung

tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, aurat dan

sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan

Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung

dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..

HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di

sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit,

orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau

mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh

sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi

sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat

bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan

sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab

menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau

nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan

tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke

masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah

disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam

sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu

baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul

ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk

niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg

tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham

sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri

sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati,

tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan

susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah

berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya

ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun

semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan

solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda

meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat

dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali

ketiga..! Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika

takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan

bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa

dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin"..

Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini

kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan

tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin",

"Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf

zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah

ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut

dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak

ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu

jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh

mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa

dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti

diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah

standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk

tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan

disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak

diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke

rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita

selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah

lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana

Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,

contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah

kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk

solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat

ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang

utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2

sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R

ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena

pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi

haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos

perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit

tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah,

kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg

lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat

ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi

layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan

jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat

asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi

jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat

sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat

dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun

keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal

mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja,

malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak

dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa…..

Renung-renungkanlah...